Saturday, December 30, 2006

Berhujah dengan Hikmah

Sejak akhir-akhir ini kita dapati ada banyak mesej board dan lama forum yang rancak berbincang berbagai topik. Kerap kali jadi penonton sebab tak tahu macam mana nak turut serta. Adakalanya kita turut serta dan dapati pendapat di hentam !
Sebagai Muslim mungkin ada baiknya kita pelajari cara yang baik untuk berkomunikasi dalam alam maya dan kita perlu bermula dengan pemikiran kritis serta otak yang peka dan sedar tentang kesilpan cara berfikir yang membuahkan andaian yang bawa kepada tindak tanduk yang tidak bernas .
Sebenarnya untuk memberi pendapat atau untuk mengemukakan pendapat kita sentiasa berisiko untuk menyentuh emosi pembaca, kerap kali sebab tak sedar apa yang boleh menimbulkan cara defensif dari orang yang beri respon . Ada beberapa cara yang akan menolong anda untuk mengelak situasi yang tegang dan salah satu cara adalah untuk mempunyai disiplin dan juga undang-undang berbincang yang baik dan dipersetujui oleh semua yang terlibat.

Paling mustahak bila kita ingin membalas penulisan seseorang adalah kita perlu terlebih dahulu memahami emosi dan pendirian penulis. Jika kita baca dengan perasaan negatif dan sudah bersedia untuk menyerang , kita tidak akan dapat faham apa yang di maksudkan .Bila kita sudah putuskan bahawa apa saja yang penulis tulis perlu kita serang, sudah tentu kita akan cepat memilih ungkapan yang pada pendapat kita adalah salah dan dengan cepat sekali kita akan tuding jari dan perlekehkan apa yang di perkatakan . Insya allah saya akan berikan contoh perkara ini kemudian.

Kedua kita perlu kenali orang yang menulis, ilmu dia, pendirian dia dan juga pengalaman hidupnya serta kemahiran yang ada padanya sebelum kita dengan cepat menghukum atau membuat andaian. Ada orang yang benci sesuatu sebab pengalaman silam yang pahit . Ada yang kita sangkakan budak beringus macam kita juga rupanya seorang yang berumur dan berpengalaman serta matang pemikiran. Jangan anggap orang begini sentiasa betul, dia pun manusua biasa, orang begini pun boleh silap tetapi pendekatan kita bila kita nak suarakan pendapat perlulah secara hormat. Lebih baik buat satu undang-undang untuk diri sendiri , tak kira siapa , kalau nak memberi pendapat yang berbeza lakukan dengan baik dan dengan rasional , bukan dengan tak lojik dan dengan membuat andaian dan mengunakan bahasa perlekehkan , perli , sinis dan sindir.

Ketiga , kalau kita tak yakin kita memahami apa yang dimaksudkan , bertanya , jangan buat andaian.

Keempat , jangan berikan pendapat seolah ia adalah fakta. Gunakan perkataan , pada pendapat saya.....
contohnya Jangan sebut " awak mengarut" tetapi katakan
"pada pendapt saya apa yang anda sebut itu tidak benar ",dan beritahu kenapa anda berpendapat begitu. Ikuti pendapat dengan keterangan yang bernas.

Kelima Elak menyerang tuan punya penulisan dan fokus pada penulisan .

Keenam Elak guna loghat yang mungkin sukar difaham oleh orang dan elak mengunakan singkatan yang menyusahkan pembaca.

Ketujuh: Jangan fokus kepada yang anda tidak setuju sahaja , sebaliknya maklumkan poin poin persetujuan

Kelapan : Berhujah untuk cari penyelesaian dan redha Allah dan untuk membawa kebaikkan dan bukan untuk saja nak sakat atau nak penuhi masa lapang

Kesembilan : Ikhlas dan jujur dalam berhujjah . Cakap benar dan jangan cakap sindir atau serong.

Kesepuluh : Kalau ada kuasa moderator, jangan gunakan untuk mematahkan hujah orang. Jangan terlalu cepat nak delete atau kunci sebab kemungkinan perbincangan ada manfaat dan pengajaran yang kita tidak ketahui . Memenangkan pendapat sendiri atau membenarkan hanya posting yang mencerminkan pendapat sendiri sahaja adalah tidak adil dan tidak hikmah.


Setakat ini dulu , kita sambung nanti dengan Bingkai Negatif dan juga contoh contoh yang akan saya ambil dari forum-forum online

Bahagian kedua :

No comments: