Make your bellies hungry and your livers thirsty and your bodies naked, that perchance your hearts may see God in this world.
—Hadith
Sebulan lepas pesakit saya beritahu saya.Makcik puasa hari ini. Makcik puasa Rejab! Pesakit saya ini menyebabkan saya teringat bahawa Ramadan hampir tiba.
Teringat saya bahawa kena cepat tempah baju sebelum tukang jahit enggan terima tempahan . Sudah tentu anak-anak akan sedih kalau tidak berbaju raya!
Hari ini adalah 2 minggu sebelum puasa. Saya lihat di Bandar Kuala Lumpur penuh sesak orang memberli belah , kebanyakkan orang Muslim. Di pasaraya sudah ada kueh raya dan kurma dijual dan rak-rak baju penuh dengan baju-baju yang baru sampai dengan fesyen terbaharu , sedia untuk dibeli orang orang yang akan ber Hari Raya selepas sebulan puasa. Suasana sibuk bercampur meriah.
Kebanyakkan persediaan yang kita buat untuk puasa berbentuk material. Tetapi tidak semua. Ada juga orang yang sudah mula puasa sunat melatihkan diri untuk puasa. Ada yang masih puasa ganti sebab tangguhkan sehingga saat terakhir dan mungkin ada yang akan bayar fidyah sebab tak sempat ganti.
Apapun memang kita suka sediakan diri untuk Ramadan.Di sini saya ingin sarankan beberapa perkara untuk mendapatkan Puasa yang berkesan dari segi kesihatan ruhani dan jasmani.
Puasa sebagai suatu latihan ruhani adalah sebuah ibadat yang berat sebab dia melibatkan menahan diri dari makan ,satu perbuatan yang halal bagi kita semasa tidak berpuasa. Ia menyebabkan rasa letih lesu dan dahaga , mengubahkan tabiat tidur dan makan kita sebulan lamanya! Bukan mudah nak lakukannya tetapi amat indah bila dapat dilaksanakan dengan sempurna .
Sebenarnya dari segi kesihatan badan , puasa yang kita amalkan selama lebih kurang 14 jam dalam sehari ada banyak manfaatnya. Bila kita menahan diri dari makan dan minum , angota badan yang terlibat dengan penghazaman dapat rehat. Sel-sel badan juga dapat keluarkan bahan buangan dengan lebih baik sebab dibebaskan dari proses perkumuhan bahan makanan, Pemecahan lemak yang berlaku mengeluarkan toksin yang terperangkap dalam lemak. Untuk mendapat manfaat ini ada beberapa syarat:
1. Sistem pembuangan najis perlu berfungsi dengan baik dan tidak boleh sembelit Kalau kita sembeli semasa sebelum mulakan puasa, ini akan menyebabkan proses perkumuhan dan pembuangan toksin yang berlaku dalam hati kita tidak efisyen dan seterusnya sel badan tidak akan dapat membuang sisa perkukuhannya dengan baik maka badan kita akan simpan segala toksin dan akibatnya sakit kepala, mulut berbau, lenguh badan dan lesu. Untuk mengelak perkara demikan pastikan kita makan banyak bahan berserat dan juga minum banyak air pada hari-hari sebelum mula puasa. Kalau perlu , ambil ubat lawas buang air besar yang bertindak lembut seperti asam jawa atau lactulose yang boleh dibeli di farmasi. Lactulose adalah gula yang tidak hazam dan tidak akan bertukar menjadi glucose maka boleh dimakan oleh orang kencing manis. Lactulose bersifat prebiotic dan adalah baja untuk kuman baik dalam perut kita ( acidophillus ) . Maka dengan mengambil lactulose kita dapat betulkan iklim dalam usus kepada yang paling sehat.
2.Semasa berbuka dengan bersahur , pilihan makanan sepatutnya yang mudah hazam dan berkhasiat serta seimbang. Ini bererti kita perlu merancang menu berbuka supaya demikian . Pastikan jangan ada pembaziran sebab orang lapar memang akan ada kecederungan untuk menyediakan makanan yang terlalu banyak!
3.Elak makanan yang kita tahu menyebabkan kita sakit. Ramai yang tahu makanan mana yang dia alah dan boleh menyakitkannya. Saya ingatkan juga supaya jangan makan makanan yang terdedah terlalu lama dan tidak disimpan dalam peti sejuk .Bakteria dinegeri panas seperti Malaysia ini amat cepat membiak dan walaupun makanan tidak berbau basi, mungkin sudah cukup bakteria untuk menyebabkan keracunan makanan. Kalau boleh jangan makan makanan yang telah berada dalam peti sejuk lebih dari sehari kecuali yang telah dibekukan selepas dimasak. Kalau kita tahu ada alahan pada setengah makanan , memakan makananan tersebut semasa berbuka boleh mencetuskan allergi. Prkara ini boleh berlaku sebab alergi pada makanan lebih ketara apabila kita makan bahan itu semasa perut kosong
4. Elak makanan yang terlalu pedas dan berempah sebab pada masa puasa kita tidak minum dan perut kita kosong.Memakan makanan berempah boleh menyebabkan masaalah penghazaman dan juga masaalah buah pinggang.
5. Selepas berbuka , cuba minum sebanyak air yang anda boleh. Yang lebih baik adalah air bersih dan pada zaman sekarang yang banyak pencemaran ini bererti meminum air yang telah menjalani proses penapisan yang baik. Semasa solat terawih , bawa botol air dan minum di antara solat.
6.Kalau minum minuman berkafein, anda perlu faham minuman begini akan menyebabkan asid dalam perut bertambah dan bagi setengah orang akan menyebabkan pedih hati semasa berpuasa Juga, kafein boleh menyebabkan jantung berdebar dan juga susah dan tidur.
Selain dari saranan tentang makanan ada beberapa pesanan yang saya ingin sampaikan yang boleh sempurnakan puasa kita
1. Jangan susah hati kalau kurang tidur, Bila kita kurang makan , dengan sendirinya kita boleh berjaga lebih lama tanpa mudarat
2. Jangan buang masa dengan sia-sia, Gunakan waktu dengan bijak sebab pahala ibadat bulan puasa berlipat ganda. Bila baca Quran , pasti anda menghayati ayatnya dan jangan semata berkejar untuk habiskan bacaan. Memang baik kalau dapat khatam tetapi bagi saya manfaatnya adalah dengan merenungkan makna ayat dan merenungkan bagaimana kita nak jadi insan Al Quran.
3.Sedekah sebanyak yang boleh dan masa ini adalah masa yang baik kita cari saudara -saudara kita yang miskin dan hadiahkan dia apa yang dia perlukan untuk persediaan hari raya. Biarlah apa yang dirumah kita kurang indah demi untuk ketepikan duit itu untuk mengembirakan orang lain. Sederhana dalam belanja serta murah hati terhadap sesama insan adalah sunnah Rasul SAW.
4, Tumpukan perhatian bulan Ramadan kepada bulan Ramadan dan jangan terlalu pandang kedepan kepada Hari Raya. Orang Alim menunggu puasa bagaikan nantikan anak kesayangan dan mentangisi pemergiannya maka kita cuba ikut begitu . Mudah-mudahan bila kita cuba ikut tersingkap untuk kita hikmah dan rahsia bulan Puasa dan kita pula jadi alim.
5. Cuba jalankan pekerjaan seperti biasa terutama yang bekerja pejabat. Jangan sampai orang bukan Islam mengatakan prestasi kerja orang berpuasa adalah kurang. Insya allah disiplin kita dalam hal ini menjadi contoh yang baik kepada manusia yang akan kagumkan satu ummat yang berpuasa kerana Allah dan jalankan amanat dia dalam bekerja.
Insya allah kita akan berpesan lagi perkara-perkara yang perlu di lakukan untuk mengalami Hari Raya yang gemilang dan direda ALlah.
Selamat menjalankan ibadah puasa yang berjaya,

1 comment:
Dear Beatrix ,
Sorry about that. I had written an article for a local newspaper and posted it to my blog for the Malaysian readers.
Just for you I will write an article on fasting in English and I will write it from a spiritual perspective .
Would that be ok ?
Post a Comment