Thursday, December 29, 2005

Liza tak nak beli kasut!




Liza dan ibu berada di hospital Selayang untuk melawat kawan Liza yang berada di wad sedang sakit! Liza telah lama beritahu ibu yang dia perlukan sepasang lagi kasut sebab kasut yang hanya sepasangnya itu terlalu kerap digunakan dan Liza sayang kasut mahal yang telah dipilihkan untuknya oleh kakaknya semasa bulan puasa yang lepas. Ibu Liza telah berjanji akan bawa Liza beli kasut selepas balik dari hospital ! Liza dan ibu telah datang ke Hospital dengan ayah Liza, tetapi perlu balik sendiri menaikki teksi dan oleh kerana yang demikian ibu Liza , Salmah telah membuat keptusan untuk membeli kasut untuk Liza di Bintang Mall bersebelahan Hospital Selayang . Jalan ke Bintang Mall adalah melalui jejambat dari Hospital Selayang.

Sebaik saja sampai di permukaan arkad jualan Bintang Mall, Liza telah berkata," Mama! Liza tak mau beil kasut sekarang ! Lain kali sajalah!" Salmah tidak faham kenapa Liza tiba-tiba saja tukar fikiran sedangkan sebelum ini Liza amat gembira berjalan dengan Salmah menuju ke Bintang Mall. Salmah cuba pujuk Liza, menunjuk pada kasut-kasut yang sesuai untuk Liza tetapi nyata, kalau kasut yang paling cantik dan sesuai ditunjuk kepada Liza, Liza tidak mahu mencuba kasut itu, pandang pun Liza tak mahu!
Semasa makan tengah hari, Salmah ajak Liza makan di kedai Sugar Bun tetapi Liza tidak ada selera nak makan, dan masih kelihatan murung. Salmah memujuk Liza anak remajanya dengan menyuapkan makanan kemulut anak bongsunya yang manja dan Liza pun memakan apa yang disuapkan. Sambil makan Salmah cuba memahami kenapa Liza telah bagaikan kilat menukar dari riang menjadi murung! Kenapa nak? Liza tak boleh layan perasaan sebegini. Bila Liza buat takder mood, Mama pun jadi tak ceria, Mama pun rasa bad mood!" Liza jangan terlalu layan bad mood macam ni." Ujar Salmah. Salmah terfikir satu sebab yang mungkin menyebabkan mood Liza berubah." Liza, tempat ni takder kelas kan?" Cepat Liza menjawab" Ye lah Mama, macam Plaza Hang Tuah! Kodi!"" OK Laa Liza, nanti Mama bawa shopping di KLCC, baru lah ada kelas! Mama lupa anak mama tak macam Mama yang suka shopping kat kedai kampung!" Tapi Liza tau tak, kasut kat kedai tadi ok juga, serupa macam dekat KLCC, cuma murah sikit sebab sewa kedainya murah! Tapi sebab Liza tak suka kedai sini, kalau kasut paling sesuai pun Liza dah tutupkan mata dan hati Liza untuk menerimanya!"

Apa yang telah mengubah persaan Liza dari ceria menjadi murung, dari mahukan sepasang kasut kepada tak mahu?Liza mempunyai sebuah tangapan dan impian tentang kasut yang dikehendakinya. Kasut yang dikehendaki berada di kedai yang ada kelas, dan oleh kerana tempatnya ada kelas maka kasutnya pun ada kelas! Ini menunjukkan Liza seorang yang ada kelas! Tanggapan Liza telah menutupkan mata Liza dari menilai mutu dan kesesuaian kasut yang ada di kedai yang kurang menepati tanggapan Liza sebagai kedai yang sesuai baginya!


Semasa saya masih kecil , saya telah meminta ayah belikan sebuah kerusi dan meja untuk saya yang comel dan sesuai untuk saya, kerusi dan meja rotan yang saya inginkan serupa dengan kerusi meja jiran saya! Saya telah bermimpikan memilikki kerusi dan meja ini berhari-hari lamanya setelah ayah berjanji akan mendapatkannya untuk saya. Pada hari jadi saya, ayah membawa saya kebilik mainan dan ditengah bilik mainan ada sebuah meja bulat, dari kayu dengan empat kerusi comel untuk saya dan kawan-kawan saya! Alangkah sedihnya ayah bila saya menjerit-jerit marah sebab saya tidak mahu meja sebegini dan mahukan meja rotan dan kerusi rotan sama seperti meja jiran. Hilang rasa riang saya, hancur hati ayah dan ibu, hari yang bahagia menjadi hari yang sedih bagi kami sekeluarga , semata mata, apa yang dibelikan bukan seperti yang saya inginkan , walaupun sebenarnya ia lebih baik dari apa yang saya inginkan!

Apa yang mengubah perasaan dan suasana keluarga saya dan apa kesamaan dengan situasi Liza dan Salmah?.Ianya adalah harapan dan ekspektasi Liza terhadap kedai kasut dan harapan dan ekspektasi saya terhadap meja yang di ingini! Harapan dan ekspektasi kita terhadap sesuatu adalah yang akan menyebabkan perasaan kita boleh berubah dengan sekelip mata dan juga harapan dan ekspektasi kita akan menyebakan kita tidak dapat meniliai sesuatu dengan nilai yang sebenar! Liza tidak dapat menilaikian mutu dan kesuaianan kasut yang berada di kedai yang tidak dia sukai, dan saya tidak dapat menilai mutu dan kecantikkan meja dan kerusi yang ayah belikan sebab ia tidak sama seperti apa yang saya sudah bayangkan!

Begitulah seterusnya dengan setiap yang berlaku pada kita, mahligai indah yang kita impikan tidak secantik rumah yang kita mampu, namun rumah inilah yang boleh bahagiakan kita jika kita dapan menghargainya! Pasangan kita tidak sekacak yang di idamkan sehingga hati budi nya tidak kita nampak! Lapuran sekolah anak kita dengan tiada satu tanda merah tidak kita sukai sebab bilangan nya kurang dari yang kita harapkan. Maka hampalah anak yang telah cuba sedaya upaya dengan segala usahanya untuk berjaya! Dab begitulah seterusnya, kita lupa untuk bersukur limpah kurnia yang Maha Esa sebab idamkan dan inginkan dan harapkan yang lain dari yang diterimana.

Alangkah bahagianya seorang Hamba Allah yang tidak mempunyai harapan tetapi mensyukuri setiap yang diterima sebagai anugerah Allah yang Maha Agung, dan sentiasa melihat dan menilai setiap sesuatu bukan dari kacamata harapan dan ekspektasi tetapi dari nilainya nya yang sebenar??

6 comments:

Anonymous said...

assalamu'alaikum nurelhuda,
walaupun sudah lama saya tak tinggalkan komen, saya tak pernah lupa menjenguk ke sini bila kelapangan.
this posting touched me deep. hence...i must write and say thank you.
- J -

p.s. i would also like to thank you for creating the "meaning of Muhammad" portal. has been following its progress...
thank you also for your comment in bergen's "shakespeare my foot" posting.you are indeed, my dearest friend, a true believer.

Anonymous said...

Kenapa agaknya manusia seringkali lupa atau gagal menilai sesuatu pada nilainya yang sebenar?
Apakah begitu sukar dibezakan antara kaca dengan permata?
Bukankah permata tetap permata, samada di KLCC atau Bintang Mall?

Again, thank you for this polite and kind reminder.

Suriya said...

Salam J , long time no hear!
Pycno I am sure you know that I was relating a true story and the Mama in the story is really yours truly!

dith said...

Liza sounds so much like my children, :)

Padahal Mak Liza pakai kasut beli di kedai tepi jalan je kan? Kesian Mak Liza, berkorban apa saja...

Ahmad Hilmi said...

Had to tilt my head to read. Used to reading posts in english here hehe. Quite true. Expectations ruin our experience. Walk and enjoy the experience. When something comes absorb it's significance and bask in the joy that it brings you.

I am guilty of being very choosy. In just about everything. Well.... and not being particular in things like studies and grades heh.... My reasoning may be flawed to most people but I have my values. If I seem erratic that's because my values are different and I stand by them. It doesn't help that I never did know how to explain anything to anyone. Am learning and trying to soften my view on the world. Sharp edges bleed when they touch

Suriya said...

DITH
WHere do you think the ideas came from if not from an actual incident that took place ?
Mak Liza here.....